This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Tanjung Tokong / Tok Kong
Latar Sejarah
“• Kampung Tanjung Tokong adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sejak sebelum era penjajahan. Kajian terperinci jelas menunjukkan kampung ini telah ada sebelum tertubuhnya bandaraya George Town. Tanjung Tokong adalah salah satu mukim ketika George Town ditubuhkan pada tahun 1839.
• Lakaran peta-peta terawal semasa pembukaan Pulau Pinang mengesahkan kewujudan Kampung Tanjung Tokong.
• Di antara bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa kampong ini telah wujud lebih daripada 200 tahun (1786-2008) dapat dikesan daripada tinggalan-tinggalan sejarah yang ada di atas tanah kampong. Di antaranya ialah batu-batu nisan tua di tanah perkuburan bukit Tanjong Tokong dan masjid asal.
• Kampung ini pada asalnya sebuah perkampungan nelayan tradisional dan terkenal dengan kaedah penangkapan ikan mengunakan jermal.
• Kawasan Tanjung Tokong terdiri daripada dua penempatan iaitu kawasan kampong asal di Jalan Lama Tanjung Tokong yang tidak tersusun dan padat serta kawasan penempatan baru yang tersusun dan berlot.
• Dalam jangka masa 30 tahun kawasan penempatan baru yang berlot telah menjadi kucar-kacir akibat pengabaian terhadap pembangunan.”
(Sumber: Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
Rencana Sejarah Tanjung Tokong (Ameen Hussaini @ Youtube, 2012: "Sejarah Tanjung Tokong").
1910-an
Beberapa pemandangan di Tanjung Tokong sekitar 1910: “Presumably by: Kleingrothe, C.J. (Medan).
Het eerste blad van het album bevat een Map of the Straits Settlements and Federated Malay States.Fotogravure uitgegeven door J.B. Obernetter, München.” (C.J. Kleingrothe, circa 1910, Leiden University Libraries; dari kiri: "KITLV A360 - Kust bij Tandjong Tokong op Penang", "KITLV A360 - Tandjong Tokong op Penang", "KITLV A360 - Tandjong Tokong op Penang").
Tepian pantai Tanjung Tokong, mungkin sekitar 1910 juga (menurut sumber gambar sebelah kanan):
Kiri dan Tengah: “Seashore Tanjung Tokong, Penang Museum” (Samuel J Tan @ Penang Seaview: |"Nostalgic Photos of Rural Penang").
Kanan: Gambar diambil dari lokasi berdekatan gambar tengah, dalam keadaan ribut (LEBARONROUGE @ eBay: |"MALAYSIA Penang local village under storm 1910s RPPC").
Kiri: “Photo of Tanjung Tokong in Penang, probably taken in the early 20th Century” (Tutu Dutta, 23 Jun 2015: |"The True Identity of Nakhoda Ragam... and the Princess of Mount Ledang").
Kanan: “Pemandangan Kampung Keling di pesisir pantai Tanjung Tokong pada tahun 1913” (Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
Kiri: Tanjung Tokong, kemungkinan awal kurun ke-20
Kanan: Tokong di Tanjung Tokong
(Sumber: Penang Old Times, 2024: "Tanjong Tokong").
1920-an
Kiri: Kampung Tanjong Tokong, 1920-an (Lim Kheng Chye Collection, courtesy of National Archives of Singapore, 1920s: |"TANJONG TOKONG VILLAGE, PENANG").
Kanan: Kampung Tanjong Tokong, 1920-an (Lim Kheng Chye Collection, courtesy of National Archives of Singapore, 1920s: |"TANJONG TOKONG VILLAGE, PENANG").
1930-an
Sebuah rumah di Tanjung Tokong sekitar 1930-an: “Seller Notes: “Good, unused ca. 1930, minor corner wear, album pressure marks and edge curling” … Era: White Border (c. 1915-1930)” (BENDAV POSTCARDS @ eBay: "malaysia malay, PENANG, Tanjong Tokong, Malay Hut (1930s) RPPC Postcard").
Rumah-rumah di Tanjung Tokong sekitar 1935 (dodo-postcards @ eBay: |"C012001 No. 126. Malay Huts. Tanjong Tokong. Penang. 1935").
1940-an
Kiri: Pantai Tanjong Tokong, 1940-an (National Archives of Singapore, 1940s: |"TANJONG TOKONG BEACH, PENANG").
Kanan: Pantai Tanjong Tokong, 1940-an (Shamaziz @ X: "Poskad Penang sebelum perang WWII").
1960-an
Kiri: Pantai Tanjong Tokong sekitar 1960 (Tan Kok Kheng Collection, courtesy of National Archives of Singapore, C1960: |MALAYSIA, PENANG - TANJONG TOKONG BEACH (C1960)).
Kanan: Tokong Tanjong Tokong sekitar 1960 (Tan Kok Kheng Collection, courtesy of National Archives of Singapore, C1960: |"MALAYSIA, PENANG - TWAPEH KONG TEMPLE LOCATED AT TANJONG TOKONG (C1960)").
1974-1980: Proses Pemindah Milikan Tanah
“• Setelah hampir 200 tahun penempatan Kampung Tanjung Tokong, secara umumnya tiada pemilikan tanah yang diperolehi oleh penduduk Tanjung Tokong tetapi yang anehnya hanya terdapat 3 lot tanah bergeran selainnya diistiharkan sebagai TOL.
• Pada 1974 tanah penempatan penduduk Tanjung Tokong seluas 48 ekar telah diserahkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pada nilai RM 1.00 (Ringgit Malaysia: Satu sahaja) dengan ‘sekatan syarat khas’ bagi tempoh pajakan selama 99 tahun.
• Di samping itu UDA juga telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri tanah tambun (reclaimed land) persisir pantai Tanjung Tokong seluas 52 ekar seawal tahun 1980 an.
• Kesan daripada pemindahmilikan tanah kepada UDA secara otomatik penduduk asal telah turun tarafnya sebagai setinggan dimatakaca UDA selaku pemaju.”
(Sumber: Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
1981: Penubuhan Persatuan Penduduk
“• Untuk memastikan suara penduduk didengari oleh pihak pemaju iaitu UDA, para penduduk telah menubuhkan Persatuan Penduduk Tanjung Tokong (Persatuan) pada 1981.
• Melalui Persatuan, badan-badan lain dan campurtangan politik, penduduk terpaksa berpuas hati dengan apa saja sajian yang dikemukakan oleh UDA terutamanya dalam menyelesaikan masalah penduduk asal di atas tanah TOL.”
(Sumber: Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
1987: Perpindahan Penduduk Asal
“• Pada umumnya plan pembangunan semula Kampung Tanjung Tokong adalah menjadi rahsia UDA ke atas penduduk. • Dari 1974 sehingga sekarang UDA telah mendirikan rumah-rumah pangsa kos murah dan sederhana murah dengan beberapa fasa dan sebuah balai polis oleh Kementerian Dalam Negeri diatas sebahagian tanah asal (48 ekar). • Perpindahan besar-besaran ke rumah-rumah pangsa keatas sebahagian daripada penduduk Tanjung Tokong dilakukan pada 1987 dengan suatu protes yang sangat membara oleh penduduk. • Setelah campurtangan politik pada masa itu, penduduk asal diatas tanah TOL diberi rumah ganti rumah. Sementara anak-anak penduduk yang telah berumahtangga tetapi bermastautin di Tanjung Tokong diberi rumah pangsa pada potongan 45%.”
(Sumber: Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
1990-2008: Pembangunan Selanjutnya
“• Dari 1990-2008, iaitu hampir 18 tahun, pihak UDA telah mengalih fokus dari membangunkan sebahagian lagi kawasan Kampung Tanjung Tokong mengikut “sekatan syarat khas” kepada perkara yang tidak jelas kepada penduduk.
• Dalam tempoh tersebut diatas, kawasan kampung yang telah sedia tersusun dikenali sebagai “Perumahan Kampung Moden Tanjung Tokong” yang dibangunkan oleh British dalam tahun 1950an dan kawasan selebihnya telah menjadi kucar kacir dengan penambahan(extension) pada rumah asal dan kebanjiran penduduk dari luar kawasan Tanjung Tokong yang menyewa dan mendirikan rumah tanpa nombor.
• Akibat daripada pemindahan penduduk kerumah-rumah pangsa yang rekabentuk dalaman yang sempit merimaskan dan ada yang hanya mempunyai satu bilik tidur dan rumah ganti rumah yang mempunyai 2 bilik telah mengundang masalah sosial yang serius.
• Penduduk yang baru saja dipindahkan kerumah transit tiada satu jaminan yang konkrit bagi masa depan.”
(Sumber: Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
Kiri: “Tanjong Tokong from Penang Hill. The roundabout at the end of Gurney Drive is on the right side.
从升旗山眺望的 #丹绒道光。当年新关仔角的交通圈位于右侧。” (Penang Old Times, 2024: "Tanjong Tokong").
Kanan: “Chinese market gardens on Tanjong Tokong Road. The big Chinese Cemetery is on the hillside behind it.” (Penang Old Times, 2024: "Tanjong Tokong").
1997-Kini: Penambakan
Projek penambakan STP 1 bermula pada tahun 1997 tetapi tertangguh sebentar ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998, dan disiapkan pada tahun 2006. Fasa 2 (STP 2) bermula pada tahun 2016. Kawasan tambakan meliputi pesisiran timur laut Pulau Pinang, dari Tanjung Tokong ke Bagan Jermal, hingga ke Kelawai:-
“(Left and centre) Aerial images taken in 1996 of Seri Tanjung Pinang Phase 1; (Right) Aerial photo of Seri Tanjung Pinang Phase 1 in 2015”
Peta pesisiran Tanjung Tokong - Bagan Jermal - Kelawai, 1954-kini. (1954: Australian National University: "Malaysia, Malaya, The Settlement of Penang, 1954, 1:63 360"; 2025: Mapcarta; Perancangan: Tanjung Pinang Development: Tanjung Pinang Development: CONCEPT & LAYOUT).
Keadaan Sebelum Penambakan
Bagan Jermal
Kemungkinan di Bagan Jermal, sekitar 1910-an?
Kiri: “Malay Village, Penang” (BENDAV POSTCARDS @ eBay: "malay malaysia, PENANG, Native Malay Village (1910s) Postcard"). “Picture No: 10720170; Date: circa 1910s; Source: Unattributed postcard; Credit: Mary Evans / Grenville Collins Postcard Collection” (Mary Evans Picture Library: "Penang - A Malay Village - Malaysia").
Kanan: “A Malay village located along North Beach, believed to be along the Bagan Jermal area c.1910 (ML-5410). Such settlements, especially those built along the coastline, consist of raised floor construction to weather the tropical climate. The space under the raised deck may be utilised for various purposes, including storage.” (Marcus Langdon Collection / Muhammad Amirul Naim Rosmi, 2025: |"Malay Houses in Penang: Circa 1900").
Kronologi Penambakan
“The project that is now known as “Seri Tanjung Pinang” was first mooted by Penang’s second Chief Minister in the 1980s. Historically, the concession was given by the Penang State Government in 1990 with the concession providing for reclamation and development in phases of approximately 980 acres of land along the north-east coast of Tanjung Tokong. Reclamation did commence but setbacks resulting from the 1998 Asian Financial Crisis left the site idle for many years, becoming a partially reclaimed area clearly visible from Gurney Drive. In 2003, Eastern & Oriental Berhad (E&O) through its subsidiary Tanjung Pinang Development (TPD), assumed the rights, obligations and liabilities of the former concessionaire. In reviving the abandoned site, the development mix was reconfigured in favour of residential homes instead of the original focus on high density commercial properties. Despite the substantial initial acquisition and investment cost during still testing economic conditions, E&O completed the reclamation of Seri Tanjung Pinang Phase 1 (STP1), and held its maiden launch of terraced homes in 2005, with handover to purchasers in 2006. In almost a decade, the transformation has provided an innovative range of new homes and amenities, with Penangites forming the majority of residents at STP1, followed gradually by a regional and international audience of purchasers. With the 240 acres of STP1 nearing completion, Seri Tanjung Pinang Phase 2 (STP2) is the natural progression for E&O to apply its efforts in accordance with the terms of the Concession Agreement.”
(Sumber: Tanjung Pinang Development: |"Tanjung Pinang Development: HISTORY").
“Seri Tanjung Pinang (STP) encompasses two phases and is located at the northeast coast of Tanjung Tokong, Penang, Malaysia. The first phase (STP1) of the reclamation comprising 240 acres was completed in 2006. Reclamation of the 760-acre second phase (STP2) which commenced in 2016, is underway. As a matter of background, 20 acres within the 240-acre STP1 was surrendered to the Penang State Government for the Penang Outer Ring Road (PORR) alignment. These 20 acres will be replaced in STP2 and hence, the original acreage of STP2 (740 acres as per Concession Agreement) has been increased to 760 acres. Over and above the concession rights to reclaim the land for STP, TPD is also reclaiming at its own cost, 131 acres off the Gurney Drive foreshore for the Penang State Government.” (Tanjung Pinang Development: |Tanjung Pinang Development: CONCEPT & LAYOUT).
Kiri: STP Fasa 1 (Kini): “Actual photo of Seri Tanjung Pinang Phase 1 today” (Sumber: Tanjung Pinang Development: |"Tanjung Pinang Development: HISTORY").
Kanan: STP Fasa 2 (Perancangan): “Concept sketch of Seri Tanjung Pinang Phase 2” (Tanjung Pinang Development: |Tanjung Pinang Development: CONCEPT & LAYOUT).
Cadangan Persatuan Penduduk
“• Persatuan telah sekian lama berjuang dan mengemukakan cadangan-cadangan berikut:-
1. Menangani masalah masa kini - menyelesaikan kepadatan penduduk, memohon kerajaan kegeri dan pusat membina projek perumahan mampu milik untuk golongan termiskin dan terpinggir dalam Bandar. Mereka terdiri daripada penyewa, kelamin dan penghuni rumah tanpa nombor. Persatuan mengenengahkan supaya projek ini dibina di kawasan tebus guna yang baru di depan pantai Tanjung Tokong.
2. Menerajui masa depan : Mempertahankan Kampung Tanjung Tokong sebagai ZON WARISAN MELAYU dalam Bandar Georgetown dengan menjadikan kampung tradisional tersusun yang berwajah baru menerusi pembangunan semula.
3. Menaik taraf kemudahan asas seperti jalan, sistem perparitan dan melengkapkan kemudahan awam seperti pejabat pos, padang permainan dan rekreasi, pasar, gerai penjaja kecil dan lain-lain.
4. Memberi peruntukan kepada penduduk Tanjung Tokong untuk membangunkan semula kampung ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
5. Menubuhkan jawatankuasa bersama diantara kerajaan negeri, UDA dan wakil-wakil penduduk untuk menentukan perancangan, pengawasan, pelaksanaan dan pemantauan projek berjalan dengan lancar. Kerajaan negeri menjadi pemacu utama dalam jawatankuasa ini.
• Persatuan juga telah mengemukakan satu memorandum kepada YAB Perdana Menteri pada tahun 2005 supaya pembangunan semula Tanjung Tokong dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
• Terbaru, disamping saranan Persatuan wujud juga badan lain yang mengemukankan memorandum kepada kerajaan negeri yang berkisar kepada saranan Persatuan.
Langkah selanjutnya
• Mengembelingkan semua pertubuhan-pertubuhan NGO dan politik untuk meneruskan usaha murni yang diperjuangkan oleh Persatuan selama ini.
• Bersungguh-sungguh untuk merealisasikan Jawatankuasa Bersama seperti saranan diatas.
• Menjadikan peranan kerajaan negeri sebagai paksi yang memacu proses Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong demi kepentingan rakyat berdasarkan kerajaan negeri adalah pemilik asal Kampung Tanjung Tokong.”
(Sumber: Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, 14 April 2009: |"Gambaran Sepintas Lalu Pembangunan Semula Kampung Tanjung Tokong, Pulau Pinang").
Usaha Pemeliharaan
“The Tanjung Tokong Malay village is one of the oldest traditional seaside Malay villages left on Penang island, complete with mosque and cemetery. Some of the houses date back to the early 20th century. It characterized by its unique location by the Tanjong Tokong shore. It was originally made up of two villages, one on the hill slope and another village called Kampung Telaga Air. It is now endangered due to a redevelopment proposal by UDA.” (Penang Heritage Trust: |"Tanjung Tokong Malay Village").
2015: Perancangan Penambakan Seterusnya
Sementara itu, pada tahun 2015, kerajaan negeri mencadangkan penambakan 3 pulau buatan di selatan Pulau Pinang, lalu mendapat tentangan nelayan di sekitar kawasan tersebut:-
“The fishermen here have everything they need. The sea has always provided for us,” said Tuan Haji Zakaria, a 60-year-old fisherman from Sungai Batu. His father too was a fisherman and the fishing village where he grew up had fished from the sea for the past many generations. Sungai Batu is just one of the eight fishing villages found along the 17km southern coastline of Penang island, extending from Batu Maung at the east point to Gertak Sanggul on the west.
…..
Amidst the growing pressure of urbanisation, the southern coast fishing villages remained the last of its kind in Penang island. Tucked quietly along the gentle bay where fishes, shrimps and crabs thrive in seasons, Tuan Haji Zakaria called this place the ‘golden area’.
However, life as he knows it would dramatically change when the state government announced a proposal to reclaim three artificial islands in 2015[2]. The 4,500 acres of reclaimed islands would sit squarely on the waters where Tuan Haji Zakaria and thousands other traditional fishermen like himself had depended on for their livelihood. The ambitious project dubbed as the “Penang South Reclamation” or PSR (recently rebranded to “Penang South Islands”) would see most of its reclaimed land area auctioned off by the state government of Penang to the highest bidder to raise enough fund for the Penang Transport Master Plan (PTMP).
…..
Land reclamation then and now: If there was anywhere in Malaysia which is no stranger to land reclamation, it would be Penang island. Since its colonial days in the 19th century, the British reclaimed a swathe of mudflats to create Beach Street for its entrepôt expansion. After Malaysia gained independence in 1957, Penang initiated the growth of Malaysia’s manufacturing industry in the 1970s – which sits on the reclaimed coastal zone of Bayan Lepas. In recent times, more coastal areas are reclaimed but for upscale residential and commercial properties, such as Queensbay, Karpal Singh Drive, The Light and Tanjung Tokong which also include a luxury yacht marina. The stretch along Gurney Drive, once a scenic public waterfront is now barricaded and reclaimed to build a public and commercial seafront park and a private wellness centre. The reclamation may possibly provide a section for an undersea highway that would connect Penang island to its mainland.”
(Sumber: Evelyn Teh,
Penentangan Terhadap Penambakan
- 2010-an: Antara pihak yang telah giat menentang ialah Persatuan Nelayan Tanjung Tokong (ditandakan di dalam peta 1954 sebagai “Fishermen's Settlement”).
- 2019: Sahabat Alam Malaysia, 26 Februari, 2019: |Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia
- 2024: Makalah terkini oleh Daniele Speziale, meliputi beberapa pendekatan penentangan terhadap penambakan, serta pandangan alam (nilai/fahaman/ideologi) yang mendasarinya, serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiapnya itu. Beliau pernah bermukim di kawasan tersebut bagi menjalankan kajian beliau ini, dengan mendampingi masyarakat di sana (Daniele Speziale, 2024: |""Penang Rejects Reclamation": Pre-capitalist worldviews and post-development ideals within a Malaysian environmental movement").